Rabu, 9 Mei 2012

KEINDAHAN SENI KHAT




Seni kaligrafi islam atau sinunimnya dengan nama " Seni Khat " merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh  pelusuk dunia menyaksikan kaligrafi islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri ciri keislamannya .

Penulisan khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh. Fakta yang tercatat pada sumber bertulis  menyatakan seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan tulisan yang dihasilkan dinamakan Kufic ( Kufi )  iaitu tulisan yang tidak bercantum. Ia gigunakan sehingga kurun ke 12.

Pada kurun ke 10 seni kaligrafi Islam tersebar ke Farsi dengan gabungan huruf huruf yang lebih berseri. Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu

1.  khat Kufi
2.  Khat Nasakh
3.   Khat Diwani
4.   Khat Thuluth
5.   Khat Riq'ah

KHAT NASAKH











SEJARAH KHAT NASAKH

Ia berasal dan berkembang dari tulisan arab asli.  Ia bermula dari khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai khat Hijazi sebslum kebangkitan dakwah Nabi Muhammad s.a.w.

Khat Nasakh menjadi pilihan utama dalam penulisan naskah AlQuran walaupun disana terdapat pelbagai jenis khat yang wujud sebelum dan selepasnya. Kelembutan, kejelasan serta keindahan khat ini  telah mampu menarik perhatian masyarakat Islam lantas mengambil alih  peranan penulisan AlQuran yang selama ini dipelopori oleh  Khat Kufi.

Tulisan ini melalui proses pengindahannya secara berperingkat - peringkat. Pada kurun ketida dan keempat Hijrah, seorang Menteri dari Kerajaan Islam Abbasiah yang nernama Ali bin Muqlah ( 272 - 328 H )  bersama saudaranya Abdullah telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali sebagai kaedah Nasakh.

Khat ini mula diminati dan dipelajari secara meluas. Pada pemerintahan Atabikah ( 545 H ), khat ini telah melalui prises pengindahan menyeluruh . Lantaran sumbangan Atabikah ini, khat ini juga dikenali sebagai khat Basakh Atabik  Sesungguhnya Atabikah telah memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan Seni Khat Naskh. 

RUBBER STAMP NAMA ( ARAB -JAWI )


Sessi persekolahan 2012 kini kian hampir. Ibubapa selain daripada guru adalah antara insan yang paling sibuk menguruskan keperluan anak anak sebelum sessi persekolahan dibuka.Pelbagai persiapan  telahpun dilakukan. 

Bagi anak-anak yang bersekolah di sekolah agama khususnya pelajar tahun satu dan dua, menulis nama dalam tulisan jawi adalah merupakan masalah besar yang menghantui ibubapa. Tulisan jawi tak cantik, tak tahu tulis tulisan jawi dan banyak sangat buku yang hendak ditulis dalam tulisan jawi adalah perkara lumrah yang melanda ibubapa diawal tahun.

Jangan Bimbang. Masalah anda akan sedia di atasi. Rubber Stamp dalam tulisan arab dan jawi dengan pelbagai jenis font yang menarik sedia membantu anda.


(  ARAB DAN JAWI )


(  ARAB SAHAJA )


(  ARAB DAN JAWI )

(  ARAB SAHAJA )


(  JAWI  SAHAJA )

(  JAWI  SAHAJA )


(  JAWI  SAHAJA )

Harga bagi setiap nama RM 15.00 (jenis biasa dan tiada ink ) dan untuk jenis tekan dan mengandungi dakwat harganya ialah RM 45.00 ( warna ink merah , biru dan hitam )

Jika anda berminat bolehlah memasukkan duit ke dalam akaun saya

No. akaun      76 0393 7546  
Bank              CIMB 
Nama             JUHARI NOOR BIN HAJI JAAFAR 

Kemudian emailkan kepada < juharinoor0967@gmail.com>  dengan menyatakan 
1) Jumlah wang yang dimasukkan
2) Tarikh dan masa transaksi. Adalah lebih baik disertakan slip transaksi )

Saya akan balas email anda dengan mengirimkan borang tempahan untuk diisi dan dihantar smula kepada saya.

Catatan.

Rubber stamp ini tidak hanya kepada pelajar sekolah agama sahaja. Pekerja, guru, mahasiswa serta jawatankuasa masjid dan surau  boleh juga menempahnya

Untuk Keterangan Lanjut, Sila hubungi Ustaz Hj Juhari Noor Bin Hj Jaafar di talian 017 6046148 atau boleh hantarkan email kepada  < juharinoor@gmail.com >. Selain daripada itu anda juga boleh menghubungi saya melalui facebook di alamat  < juharinoor_67@ymail.com 

Isnin, 7 Mei 2012

KHAT DIWANI




PENGENALAN KHAT DIWANI

Khat Diwani merupakan salah satu Khat yang dicipta  oleh penulis khat pada zaman pemerintahan  Kerajaan Uthmaniyah. Ibrahim Munif adalah orang yang menciptakan kaedah dan menentukan ukuran  khat Diwani

Khat Diwani digunakan secara rasmi selepas Kota Constinople ( Istanbul ) jatuh kepada Sultan Muhammad AlFatih ( Sultan Kerajaan Uthmaniah yang pertama ) pada tahun 857 H.

Khat Diwani terbahagi kepada dua iaitu;
1.   Diwani biasa
2.   Diwani Mutarabit ( bercantum )

Khat Diwani Biasa sangat popular dikalangan  penulis penulis khat berbandingbkhat Diwani Mutarabit. Asas kedua duajenis khat Diwani adalah berbentuk bulat dan melengkung.

Hashim Muhammad AlBaghdadi dan Syed Ibrahim antara penulis khat yang terkenal dengan Khat Diwani.





KHAT DIWANI JALI

Dicipta oleh Shahla Basya  pada pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah. Khat ini adalah kesenambungan dari Khat Diwani Biasa. Dinamakan Jali kerana kelaianan yang jelas dari segi bentuk dan tulisannya. Penggunaannya tertumpu kepada urusan rasmi diraja dan surat menyurat kepada kerajaan asing.

 




KHAT THULUTH





Thuluth bererti satu pertiga. Dinamakan Thuluth kerana hurufnya menegak satu pertiga  menyamai lebar mata pen.. Ianya juga dikenali sebagai Ummul Khuttut dan Khat Arab disebabkan peranannya sebagai sumber asasi pelbagai khat selepas khat Kufi.



Bentuk Thuluth yang lebar penanya melebihi 6mm dinamakan Thuluth Jali  adapun yang melebihi 2mm dikenali sebagai Thuluth 'Aadi.  Khat Thuluth diperkenalkan oleh Ibrahim As Sajzi. Khat ini banyak digunakan sebagai seni hiasan di dalam masjid, nama nama surah dalam AlQuran dan hiasan kulit buku.






Antara keistimewaan khat ini ialah ianya boleh diletakkan dalam pelbagai struktur dan rupa bentuk yang cantik seperti bulat, segi enam, bujur dan sebagainya.