Jumaat, 30 Ogos 2019

FIR’AUN MATI LEMAS DI LAUT MERAH


Fir’aun merupakan seorang raja yang mengakui bahawa dirinya tuhan.

Beliau juga seorang raja yang zalim. Di sepanjang pemerintahan beliau, Bani Israil hidup dalam azab sengsara.

 💚 Firman Allah 

يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ يُقَتِّلُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ ﴿١٤١﴾ الأعراف

Maksudnya
(Fir’aun) menyeksa kamu dengan seburuk-buruk azab, mereka membunuh anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu
Surah al A’raf ayat 141

NABI MUSA MEMBEBASKAN BANI ISRAIL

Penderitaan dan kesengsaraan hidup Bani Israil selama ini telah mendapat pembelaan.

Allah telah utuskan Nabi Musa untuk membebaskan Bani Israil daripada kekejaman Fir’aun dan tenteranya.

Nabi Musa minta kepada Fir’aun agar membebaskan Bani Israil, namun ianya tidak diendahkan oleh Fir’aun malah beliau telah mencabar Nabi Musa berlawan sihir dengannya.

 💚 Firman Allah 

فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١١٨﴾ الأعراف

Maksudnya
Maka nyatalah kebenaran (mukjizat Nabi Musa) dan terbatallah (sihir) apa yang mereka telah lakukan.
Surah al A’raf ayat 118

Kekejaman Fir’aun semakin menjadi jadi setelah tukang sihirnya berpaling dan beriman kepada Allah.

Fir’aun telah memotong tangan dan kaki Tukang sihir yang beriman secara bersilang serta menyalib mereka pada batang batang tamar.

BANI ISRAIL KELUAR DARI BUMI MESIR

Nabi Musa telah membawa keluar Bani Israil dari Mesir sambil dikejar oleh Fir’aun dan tenteranya dari belakang.

Setiba sahaja di Laut Merah, Allah telah memerintahkan Nabi Musa agar memukul air laut dengan tongkat lalu lautpun terbelah.

 💚 Firman Allah 

وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ الْبَحْرَ فَأَنجَيْنَاكُمْ وَأَغْرَقْنَا آلَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ ﴿٥٠﴾ البقرة

Maksudnya
Dan ketika kami belahkan laut untuk kamu lalui maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Fir’aun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.
Surah Al Baqarah ayat 50


UCAPAN TERAKHIR FIR’AUN

 💚 Firman Allah 

قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ ﴿٩٠﴾ یونس

Maksudnya
berkatalah Fir’aun "Aku beriman bahawasanya tiada Tuhan melainkan yang diimani oleh Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri
Surah Yunus ayat 90

Namun segala galanya sudah terlambat. Allah tidak terima taubat Fir’aun malah Allah menempelak balik Fir’aun..

 💚 Firman Allah 

آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ ﴿٩١﴾ یونس 

Maksudnya
Adakah sekarang (engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah derhaka dan engkau adalah dari orang-orang yang melakukan kerosakan?.
Surah Yunus ayat 91

Jasad Fir’aun Allah selamatkan hingga ke hari ini .....

 💚 Firman Allah 

فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَة ﴿٩٢﴾ يونس

Maksudnya
Maka pada hari ini, Kami selamatkan dengan badanmu daripada ditelan laut untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu.
Surah Yunus ayat 92

Namun begitu .....

 💚 Firman Allah 

وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ ﴿٩٢﴾ یونس

Maksudnya
Dan sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada tanda-tanda kekuasaan Kami!"
Surah Yunus ayat 92

والله اعلم

💛💜💙💚💖💖💖💛💜💙💚