Rabu, 9 Mei 2012

KHAT NASAKH











SEJARAH KHAT NASAKH

Ia berasal dan berkembang dari tulisan arab asli.  Ia bermula dari khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai khat Hijazi sebslum kebangkitan dakwah Nabi Muhammad s.a.w.

Khat Nasakh menjadi pilihan utama dalam penulisan naskah AlQuran walaupun disana terdapat pelbagai jenis khat yang wujud sebelum dan selepasnya. Kelembutan, kejelasan serta keindahan khat ini  telah mampu menarik perhatian masyarakat Islam lantas mengambil alih  peranan penulisan AlQuran yang selama ini dipelopori oleh  Khat Kufi.

Tulisan ini melalui proses pengindahannya secara berperingkat - peringkat. Pada kurun ketida dan keempat Hijrah, seorang Menteri dari Kerajaan Islam Abbasiah yang nernama Ali bin Muqlah ( 272 - 328 H )  bersama saudaranya Abdullah telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali sebagai kaedah Nasakh.

Khat ini mula diminati dan dipelajari secara meluas. Pada pemerintahan Atabikah ( 545 H ), khat ini telah melalui prises pengindahan menyeluruh . Lantaran sumbangan Atabikah ini, khat ini juga dikenali sebagai khat Basakh Atabik  Sesungguhnya Atabikah telah memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan Seni Khat Naskh. 

Tiada ulasan: