Khamis, 5 Oktober 2017

DALAM SYAHADAH KENA ADA NAFI DAN ITHBAT









Apa yang hendak dipaparkan kali ini berkaitan dengan masalah aqidah satu masalah yang perlu umat islam peka.

Dalam kalimah  لاإله إلا الله
ada dua komponen iaitu
  1. Nafi        :    لا إله  -   Tiada Tuhan
  2. Ithbat     :  إلا الله  -    Melainkan Allah

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN NAFI DAN ITHBAT

Nafi adalah satu kalimah yang menolak  kewujudan tuhan tuhan dan segala bentuk sembahan.

Adapun ithbat pula adalah kalimah yang mengaitkan Allah sebagai tuhan yang berhak disembah.

Dalam kalimah syahadah seorang Muslim kena ada nafi dan ithbat iaitu menafikan wujudnya tuhan tuhan dan seterusnya mensabitkan Allah sahaja tuhan sekelian alam yang berhak disembah.

 : : Firman Allah 

فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ  وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٥٦﴾ البقرة

Maksudnya
Maka barang siapa kufur dengan Toghut dan beriman dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Surah Al Baqarah ayat 256

Catatan....
Toghut adalah tuhan tuhan atau sembahan sembahan selain daripada Allah.

Ucapan  لا إله    tanpa  إلا الله   boleh membawa kepada kekufuran kerana kita telah menafikan kewujudan Allah.

Walau apapun alasan, ucapan seperti ini tidak sepatutnya keluar dari mulut mulut orang Islam.

Sebaiknya ....
sebutlah sampai habis لا إله إلا الله
Kerana ianya membabitkan soal iktikad dan aqidah kita kepada Allah.