Sabtu, 26 Ogos 2017

PERBEZAAN ANTARA HAJI DAN UMRAH




 : : Firman Allah 

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّـهِ ِ ﴿١٩٦﴾ البقرة

Maksudnya
Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah
Surah al Baqarah ayat 196

Pada hakikatnya Haji dan umrah adalah dua ibadah yang berbeza namun dari segi amalannya, terdapat banyak persamaan antara haji dan umrah.  Antaranya ialah

 : : Niat  
Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat samada
sengaja atau terlupa ibadahnya  tidak sah.

 : : Tawaf  
 Tawaf adalah  mengelilingi Kaabak sebanyak tujuh kali pusingan.

 : : Sai'e  
Sai’e adalah berlari lari anak dari Bukit Safa ke Bukit Marwah

 : : Tahallul  
Bertahallul maknanya bercukur ataupun
menggunting sedikit rambur.

 : : Tertib  
Melaksanakan segala Rukun mengikut
urutannya.


NAMUN YANG MEMBEZAKAN HAJI DAN UMRAH ADALAH ...

WUKUF DI ARAFAH

Wukuf artinya berhenti iaitu menghadirkan diri walaupun sebentar di Padang Arafah bermula dari gelncir matahari  9 Zulhijjah sehinggalah subuh  10 Zulhijjah.

Ianya merupakan salah satu daripada rukun haji

BERMALAM DI MUDZALIFAH

Bermalam di Muzdalifah hukumnya wajib dalam haji. Barang siapa yang meninggalkannya akan dikenakan  dam.

BERMALAM DI MINA

Selain dari bermalam di Mudzalfah, jamaah haji juga diwajibkan bermalam di Mna pada 11 dan 12 Zulhijah ( bagi Nafar Awal ) atau pada 11,12 dan 13 Zulhijah ( bagi Nafar Thani ).



MELONTAR JAMRAH

 Terdapat tiga jamrah di Mina iaitu
     1. Jamrah Aqabah
     2. Jamrah Wusta
     3. Jumrah 'Ula.

Selain daripada itu, perbezaan antara haji dan umrah adalah

  1. Haji adalah ibadah tahunan yang dilakukan setahun sekali adapun Umrah tidak.
  2. Waktu mengerjakan haji bermula dari 9 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah sedangkan umrah tiada had waktu malah ianya boleh dilakukan dalam bulan bulan haji ( Syawal - Zulhijjah ).
  3. Untuk menyempurnakan haji ianya memakan masa yang panjang iaitu sehingga lima hari. Berbeza dengan umrah.

Apapun, semasa Haji atau Umrah, kita....

 : : Firman Allah 

فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّـهُ ۗوَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ ۚ  ﴿١٩٧﴾ البقرة

Maksudnya
Maka sesiapa yang telah mewajibkan dirinya pada Haji, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar semasa mengerjakan Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan bawa bekallah kamu maka sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah Taqwa.
Surah al Baqarah ayat 197