Isnin, 7 Mei 2012

KHAT DIWANI




PENGENALAN KHAT DIWANI

Khat Diwani merupakan salah satu Khat yang dicipta  oleh penulis khat pada zaman pemerintahan  Kerajaan Uthmaniyah. Ibrahim Munif adalah orang yang menciptakan kaedah dan menentukan ukuran  khat Diwani

Khat Diwani digunakan secara rasmi selepas Kota Constinople ( Istanbul ) jatuh kepada Sultan Muhammad AlFatih ( Sultan Kerajaan Uthmaniah yang pertama ) pada tahun 857 H.

Khat Diwani terbahagi kepada dua iaitu;
1.   Diwani biasa
2.   Diwani Mutarabit ( bercantum )

Khat Diwani Biasa sangat popular dikalangan  penulis penulis khat berbandingbkhat Diwani Mutarabit. Asas kedua duajenis khat Diwani adalah berbentuk bulat dan melengkung.

Hashim Muhammad AlBaghdadi dan Syed Ibrahim antara penulis khat yang terkenal dengan Khat Diwani.





KHAT DIWANI JALI

Dicipta oleh Shahla Basya  pada pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah. Khat ini adalah kesenambungan dari Khat Diwani Biasa. Dinamakan Jali kerana kelaianan yang jelas dari segi bentuk dan tulisannya. Penggunaannya tertumpu kepada urusan rasmi diraja dan surat menyurat kepada kerajaan asing.

 




KHAT THULUTH





Thuluth bererti satu pertiga. Dinamakan Thuluth kerana hurufnya menegak satu pertiga  menyamai lebar mata pen.. Ianya juga dikenali sebagai Ummul Khuttut dan Khat Arab disebabkan peranannya sebagai sumber asasi pelbagai khat selepas khat Kufi.



Bentuk Thuluth yang lebar penanya melebihi 6mm dinamakan Thuluth Jali  adapun yang melebihi 2mm dikenali sebagai Thuluth 'Aadi.  Khat Thuluth diperkenalkan oleh Ibrahim As Sajzi. Khat ini banyak digunakan sebagai seni hiasan di dalam masjid, nama nama surah dalam AlQuran dan hiasan kulit buku.






Antara keistimewaan khat ini ialah ianya boleh diletakkan dalam pelbagai struktur dan rupa bentuk yang cantik seperti bulat, segi enam, bujur dan sebagainya.