Ahad, 22 Oktober 2017

TAKBUR MEWARISI SIFAT IBLIS


Takbur atau sombong adalah satu sifat yang dicela dan Ianya mewarisi sifat Iblis.

💚 Firman Allah

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِين ﴿٣٤﴾ البقرة

Maksudnya
Dan ingatlah ketika kami berkata kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam". maka mereka sujud melainkan Iblis, telah takbur ia dan adalah ia dari golongan yang kafir.
Surah Al Baqarah ayat 34

Iblis ketika diperintah sujud kepada Adam telah berkata ..

💚 Firman Allah

قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ ﴿٧٦﴾ ص

Maksudnya
Iblis menjawab : Aku lebih baik darinya; Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan Engkau ciptakan dia  dari tanah.
Surah Shod ayat 76

Orang orang yang Takbur adalah orang yang mendengar ayat ayat Allah kemudian berpaling dalam keadaan sombong.

💚 Firman Allah

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ آيَاتُنَا وَلَّىٰ مُسْتَكْبِرًا كَأَن لَّمْ يَسْمَعْهَا كَأَنَّ فِي أُذُنَيْهِ وَقْرًا  ﴿٧﴾ لقمان

Maksudnya
Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berpaling dengan sombong seolah olah ia tidak mendengar akannya seolah olah  pada kedua telinganya ada sumbatan.
Surah Luqman ayat 7

Dan juga Allah jadikan pada jantung jantung mereka ada tutupan

💚 Firman Allah

وَجَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ ﴿٤٦﴾ الإسراء

Maksudnya
Dan Kami jadikan atas Jantung jantung mereka tutupan yang menghalang mereka dari memahaminya.
Surah Al Isra' ayat 46










KEANGKUHAN KAUM AAD KEPADA ALLAH 

💚 Firman Allah

    وَقَالُوا مَنْ أَشَدُّ مِنَّا قُوَّةً  ﴿١٥﴾ فصلت

Maksudnya
Dengan takburnya mereka berkata : Siapakah yang lebih kuat dari kami?
Surah Fusilat ayat 15

Di atas dosa dosa mereka ini maka Allah datangkan kepada mereka angin yang bertiup kencang selama tujuh malam lapan hari.

💚 Firman Allah

سَخَّرَهَا عَلَيْهِمْ سَبْعَ لَيَالٍ وَثَمَانِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومًا ﴿٧﴾ الحاقة

Maksudnya
Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus.
Surah al Haqqah 2ayat 7

 MUHASABAH DIRI  

💚 Firman Allah

وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَن تَخْرِقَ الْأَرْضَ وَلَن تَبْلُغَ الْجِبَال َطُولًا ﴿٣٧﴾ الإسراء

Maksudnya
Dan janganlah engkau berjalan di bumi dalam keadaan sombong. Sesungguhnya engkau sekali kali tidak akan dapat menembusi bumi dan juga  engkau tidak akan dapat sampai ke puncak gunung yang tinggi.
Surah al Isra' ayat 37

Persoalannya ... Layakkah kita nak sombong dengan Allah ? Maka Renung renungkanlah



Khamis, 5 Oktober 2017

DALAM SYAHADAH KENA ADA NAFI DAN ITHBAT









Apa yang hendak dipaparkan kali ini berkaitan dengan masalah aqidah satu masalah yang perlu umat islam peka.

Dalam kalimah  لاإله إلا الله
ada dua komponen iaitu
  1. Nafi        :    لا إله  -   Tiada Tuhan
  2. Ithbat     :  إلا الله  -    Melainkan Allah

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN NAFI DAN ITHBAT

Nafi adalah satu kalimah yang menolak  kewujudan tuhan tuhan dan segala bentuk sembahan.

Adapun ithbat pula adalah kalimah yang mengaitkan Allah sebagai tuhan yang berhak disembah.

Dalam kalimah syahadah seorang Muslim kena ada nafi dan ithbat iaitu menafikan wujudnya tuhan tuhan dan seterusnya mensabitkan Allah sahaja tuhan sekelian alam yang berhak disembah.

 : : Firman Allah 

فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ  وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٥٦﴾ البقرة

Maksudnya
Maka barang siapa kufur dengan Toghut dan beriman dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Surah Al Baqarah ayat 256

Catatan....
Toghut adalah tuhan tuhan atau sembahan sembahan selain daripada Allah.

Ucapan  لا إله    tanpa  إلا الله   boleh membawa kepada kekufuran kerana kita telah menafikan kewujudan Allah.

Walau apapun alasan, ucapan seperti ini tidak sepatutnya keluar dari mulut mulut orang Islam.

Sebaiknya ....
sebutlah sampai habis لا إله إلا الله
Kerana ianya membabitkan soal iktikad dan aqidah kita kepada Allah.