Isnin, 7 Mei 2012

KHAT THULUTH





Thuluth bererti satu pertiga. Dinamakan Thuluth kerana hurufnya menegak satu pertiga  menyamai lebar mata pen.. Ianya juga dikenali sebagai Ummul Khuttut dan Khat Arab disebabkan peranannya sebagai sumber asasi pelbagai khat selepas khat Kufi.



Bentuk Thuluth yang lebar penanya melebihi 6mm dinamakan Thuluth Jali  adapun yang melebihi 2mm dikenali sebagai Thuluth 'Aadi.  Khat Thuluth diperkenalkan oleh Ibrahim As Sajzi. Khat ini banyak digunakan sebagai seni hiasan di dalam masjid, nama nama surah dalam AlQuran dan hiasan kulit buku.






Antara keistimewaan khat ini ialah ianya boleh diletakkan dalam pelbagai struktur dan rupa bentuk yang cantik seperti bulat, segi enam, bujur dan sebagainya.


Tiada ulasan: