Rabu, 9 Ogos 2017

KITA ADALAH MILIK ALLAH DAN KEPADANYA KITA KEMBALI



 : : Firman Allah 

الذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ﴿١٥٦﴾ البقرة

Maksudnya
Orang-orang yang apabila mereka ditimpa kesusahan mereka berkata: "Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepadaNya kami kembali."
Surah Al Baqarah ayat 156

Tahukah anda kalimah kami itu termasuklah seluruh anggota badan kita ...
  • Mata       
  • Hidung     
  • Kaki     
  • Tangan
  • Mulut     
  • Kepala      
  • Jari      
  • Telinga
  • dan sebagainya
kesemuanya itu adalah milik Allah.... Allah pinjamkan sementara kat kita.

Tiada apa yang ada pada diri manusia. Allah modalkan kepada kita untuk kita " belanjakannya " kepada amal ibadah dan kebajikan semasa hidup di dunia ini.

Dan bila bila masa sahaja Allah boleh ambil dari kita samada Dia ambil semuanya sekaligus ataupun sebahagian sedikit demi sedikit.


Ketika Abu Talhah bermusafir anak kesayangannya telah meninggal dunia. Dalam hadith riwayat Muslim dari Anas bin Malik r.a. menceritakan bagaimana kebijaksanaan Ummu Sulaim menjelaskan perkara ini kepada suaminya Abu Talhah.

Berkata Ummu Sulaim kepada Abu Talhah..

قَالَتْ يَا أَبَا طَلْحَةَ أَرَأَيْتَ لَوْ أَنَّ قَوْمًا أَعَارُوا عَارِيَتَهُمْ أَهْلَ بَيْتٍ فَطَلَبُوا عَارِيَتَهُمْ أَلَهُمْ أَنْ يَمْنَعُوهُمْ قَالَ لاَ  قَالَتْ فَاحْتَسِبِ ابْنَكَ

Maksudnya
Wahai Abu Talhah "Apakah pendapatmu jika ada satu kaum meminjamkan sesuatu kepada satu keluarga, lalu mereka minta balik pinjaman mereka, apakah tidak boleh mereka mengambilnya ?”

Abu Talhah menjawab, “Tidak.”
Ummu Sulaim berkata, “Bersabarlah dan berusahalah meraih pahala kerana kematian puteramu"
(HR. Muslim no. 2144  ).

Manusia yang faham dan sedar siapakah dirinya yang sebenar, sekali kali tidak akan protes apabila Allah ambil balik apa yang Ia pinjamkan kepada manusia.

Dalam perkara ini, jika kita redha kepada Allah maka Allah akan redha kat kita.

 : : Firman Allah 

رَّضِيَ اللَّـهُ عَنْهُم ْوَرَضُوا عَنْهُ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ  ﴿٨﴾ البينة

Maksudnya
Allah redha akan mereka dan mereka pun redha akan Allah. Yang demikian itu bagi mereka yang takut akan Tuhannya.
Surah Al Bayyinah ayat 8

Catatan....

Ummu Sulaim atau Rumaiso'  merupakan Sahabat Nabi di kalangan wanita. Dia adalah ibu kepada Sahabat Nabi, Anas bin Malik r.a.

Anas merupakan khadam kepada Rasulullah s.a.w.

Ummu Sulaim serahkan Anas kepada Rasulullah setelah dia kematian suaminya. Ummu Sulaim kemudiannya berkahwin dengan Abu Talhah.

TAKUTILAH AKAN AZAB ALLAH




Allah tanya pada kita

 : : Firman Allah 

قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَتَاكُمْ عَذَابُهُ بَيَاتًا أَوْ نَهَارًا مَّاذَا ﴿١٥٦﴾يَسْتَعْجِلُ مِنْهُ الْمُجْرِمُونَ ﴿١٥٦﴾ یونس
  
Maksudnya
Katakanlah: "Apakah pendapat kamu  jika Ia datangkan kepada kamu azabNya pada waktu malam atau pada waktu siang, Apakah ia akan minta segerakan daripadanya ( azab itu ) oleh orang-orang berdosa itu
Surah Yunus ayat 50




 : : Firman Allah 

فَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ ﴿٩٧﴾ الأعراف

Maksudnya
Apakah merasa aman penduduk negeri negeri itu daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?
Surah  Al A'raf ayat 97


 : : Firman Allah 

وَكَم مِّن قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا فَجَاءَهَا بَأْسُنَا بَيَاتًا أَوْ هُمْ قَائِلُونَ ﴿٤﴾ الأعراف

Maksudnya
Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada  malam hari atau ketika mereka berehat pada siang hari.
Surah Al A'raf ayat 4