Jumaat, 12 April 2019

ORANG ORANG YANG RUGI


Tahukah Anda Siapakah dia Orang orang yang rugi ?

  Firman Allah 


قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا ﴿١٠٣﴾ الكهف

Maksudnya
Katakanlah "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amalannya?
Surah Al Kahfi ayat 103

SIAPAKAH DIA ORANG ORANG YANG RUGI ITU ?

  Firman Allah 

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا ﴿١٠٤﴾ الكهف 

Maksudnya
Orang-orang yang telah sia-sia usaha mereka pada kehidupan dunia ini dan mereka menyangka bahawa mereka melakukan sebaik baik amalan".
Surah Al Kahfi ayat 104

Orang orang yang rugi itu adalah Orang yang
  • telah Sia-sia amalan mereka pada kehidupan dunia ini  
  • Menyangka melakukan sebaik baik amalan.

KENAPA BOLEH JADI BEGINI

Keadaan ini terjadi disebabkan
Syaitan telah menghiasi segala amalan amalan mereka.

 Firman Allah 

وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿٤٣﴾ الأنعام 

Maksudnya
Dan Syaitan menghiasi apa yang mereka lakukan.
Surah al An'am ayat 43

Hinggakan pada satu tahap apanila diseru kepada Allah dan RasulNya mereka akan berkata....

 Firman Allah 

قالوا حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا ۚ أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ﴿١٠٤﴾ المائدة

Maksudnya
Cukuplah apa yang kami dapat dari datuk nenek kami, sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak mendapat petunjuk.
Surah al Maidah ayat 104

Selain daripada itu
ORANG ORANG YANG RUGIadalah Orang yang membeli 

  • kesesatan dengan Petunjuk
  • Azab dengan keampunan


 Firman Allah 

أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَىٰ وَالْعَذَابَ بِالْمَغْفِرَةِ ۚ فَمَا أَصْبَرَهُمْ عَلَى النَّارِ ﴿١٧٥﴾ البقرة

Maksudnya
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk dan azab dengan keampunan. Maka alangkah sabarnya mereka atas azab neraka itu.
Surah al Baqarah ayat 175

Dan Yang Paling RUGI sekali adalah SOMBONG dan MENOLAK Petunjuk yang Allah datangkan... 

Kerana Sesungguhnya Manusia itu dicipta dalam keadaan JAHIL dan TIDAK TAHU APA APA

 Firman Allah 

وَاللَّـهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا َ ﴿٧٨﴾ النحل

Maksudnya
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut perut ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun
Surah an Nahlu ayat 78

Maka fikir fikirkanlah.