Selasa, 19 November 2019

SAMIRI

Samada perasan atau tidak, setiap kali kita membaca AlQuran, kita pasti akan berjumpa dengan kalimah Samiri.

💖 Firman Allah

قَالَ فَإِنَّا قَدْ فَتَنَّا قَوْمَكَ مِن بَعْدِكَ وَأَضَلَّهُمُ السَّامِرِيُّ ﴿٨٥﴾ طه

Maksudnya
Maka sesungguhnya Kami telah mengenakan kaummu satu fitnah sepeninggalanmu dan Samiri telah menyesatkan mereka
Surah Taha ayat 85

Siapakah dia Samiri dan apakah keistimewaan insan ini sehingga namanya tercatat dalam AlQuran  sebanyak tiga kali iaitu pada Surah Taha ayat 85, 87 dan 95.

Samiri atau nama sebenarnya Musa bin Zafar merupakan pengikut Nabi Musa yang bertanggung jawab memesongkan aqidah Bani Israil.

Menurut Muhammad Ibnu Ishaq (704 M-767 M) mengatakan bahawa Samiri adalah seorang penduduk Bajarma dan dia berasal daripada kaum yang menyembah berhala.

Samiri menampakkan dirinya sebagai pengikut Nabi Musa di hadapan Bani Israil sedangkan jiwanya berkecamuk dengan kepercayaan nenek-moyangnya.

BANI ISRAIL INGIN MELIHAT TUHAN

Ketika Bani Israil merentasi padang pasir Sinai, mereka telah melihat sekelompok kaum sedang menyembah berhala maka merekapun berkata kepada Nabi Musa.

💖 Firman Allah

قَالُوا يَا مُوسَى اجْعَل لَّنَا إِلَـٰهًا كَمَا لَهُمْ آلِهَةٌ ۚ َ ﴿١٣٨﴾ الأعراف

Maksudnya
Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan
Surah al Araf ayat 138

Keyakinan Bani Israil tentang wujudnya tuhan mulai timbul setelah mereka menyaksikan bagaimana Allah
  • Menyelamatkan mereka dari cengkaman Fir’aun 
  • Menenggelamkan Fir’aun di Laut Merah. 

Namun begitu, bagi Bani Israil, tuhan mestilah sesuatu objek yang boleh dilhat dengan mata ataupun yang boleh disentuh.

Oleh kerana keinginan yang tinggi untuk melihat tuhan maka mereka telah mengugut Nabi Musa dengan berkata

💖 Firman Allah

لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ نَرَى اللَّـهَ جَهْرَةً َ ﴿٥٥﴾ البقرة

Maksudnya
Kami sekali kali tidak akan beriman kepadamu sehingga kami melihat Allah dengan terang
Surah al Baqarah ayat 55

NABI MUSA BERMUNAJAT DI BUKIT THURSINA

Kesempatan yang dinanti nantiikan oleh Samiri telahpun tiba.

Semasa ketiadaan Nabi Musa, Samiri telah mengeluarkan patung anak lembu emasnya lalu berkata

💖 Firman Allah

هَـٰذَا إِلَـٰهُكُمْ وَإِلَـٰهُ مُوسَىٰ فَنَسِيَ ﴿٨٨﴾ طه

Maksudnya
Ini adalah tuhan kamu dan tuhan Musa, tetapi dia telah terlupa
Surah Taha ayat 88

Sekembalinya Nabi Musa dari bermunajat, Baginda amat terkejut apabila mendapati kaumnya telah sesat.

Dengan nada yang marah dan dukacita, Nabi Musa telah berkata kepada kaumnya

💖 Firman Allah


قَالَ بِئْسَمَا خَلَفْتُمُونِي مِن بَعْدِي ۖ أَعَجِلْتُمْ أَمْرَ رَبِّكُمَْ ﴿١٥٠﴾  الاعراف

Maksudnya
Amat buruk sekali kamu lakukan sepeninggalanku; Adakah patung anak lembu emas kamu yang tuhan kamu suruh kamu sembah?
Surah al Araf ayat 150

Samiri telah diusir keluar manakala patung anak lembu emasnya telah dibakar dan abunya dibuang ke laut.

💚💙💖💛💜
PENGAJARAN KISAH
💚💙💖💛💜

Menggunakan nama Allah, nama Rasulullah ﷺ dan Islam adalah strategi utama pihak musuh untuk menyesatkan aqidah umat Islam.

Sebagai mana Samiri, cara inilah yang pernah digunakan oleh Iblis untuk mengeluarkan Nabi Adam dan Hawa dari syurga.

💖 Firman Allah


مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَـٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ ﴿٢٠﴾ الاعراف

Maksudnya
“Tuhan kamu tidak melarang kamu daripada pokok ini, melainkan Ia tidak mahu kamu berdua menjadi dua malaikat atau jadi orang-orang yang kekal”
Surah al Araf ayat 20

Tidak cukup dengan itu, Iblis telah bersumpah bahawa dia adalah Penasihat dari Allah

💖 Firman Allah

وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ ﴿٢١﴾ الاعراف

Maksudnya
Dan ia bersumpah kepada keduanya dengan berkata : “Sesungguhnya aku adalah Penasihat kepada kamu berdua”
Surah al Araf ayat 21

Oleh yang demikian...
Berwaspadalah terutama sekali yang membabitkan soal aqidah dan ibadah.

Selagi tidak ada nas yang sahih dari AlQuran dan Hadith, maka jangan sesekali kita ikut.

💖 Firman Allah

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَـٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا ﴿٣٦﴾ الإسراء

Maksudnya
Dan jangan engkau berpegang apa yang engkau tidak ada pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan Jantung, semuanya akan dipertanggung jawabkan
Surah al Isra ayat 36

والله اعلم
fikir fikirkanlah

💚💙💖💖💖💛💜