Ahad, 7 Januari 2018

PEMBAHAGIAN UMAT MANUSIA


Umat manusia terbahagi kepada dua iaitu MUKMIN dan KAFIR

⏰  Firman Allah 

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنكُمْ كَافِرٌ وَمِنكُم مُّؤْمِنٌ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ ﴿٢﴾ التغابن

Maksudnya
Dia lah yang menciptakan kamu; maka sebahagian kamu kafir dan sebahagian kamu yang beriman dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan
Surah at Thaghabun ayat 2

MUKMIN adalah orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu ragu dengan ayat-ayat Allah.

⏰  Firman Allah 

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أُولَـٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ ﴿١٥﴾ الحجرات

Maksudnya
Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu serta mereka berjihad dengan harta dan diri diri mereka pada jalan Allah.
Surah Al Hujurat ayat 15

Adapun KAFIR mereka adalah orang orang yang kufur dan berpaling daripada peringatn Allah

⏰  Firman Allah 

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ آيَاتُنَا وَلَّىٰ مُسْتَكْبِرًا كَأَن لَّمْ يَسْمَعْهَا كَأَنَّ فِي أُٗذُنَيْهِ وَقْرًا ﴿٧﴾ لقمان

Maksudnya
Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya seolah-olah pada  telnga telinganya ada sumbatan
Surah Luqman  ayat 7

⏰  Firman Allah 

وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا ﴿١٤﴾ النمل

Maksudnya
Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedangkan diri diri mereka meyakini kebenarannya..
Surah an Namlu ayat 14

Apabila diseru kepada Allah dan RasulNya, mereka akan berkata

⏰  Firman Allah 

قَالُوا حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا ۚ أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ﴿١٠٤﴾ ۔

Maksudnya
Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami lakukannya". Sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa apa dan tidak pula berpetunjuk?
Surah al Maidah ayat 104

 KENAPA BOLEH JADI BEGINI?;

Ini adalah kerana mereka telah menjadikan Syaitan sebagai pemimpin mereka

⏰  Firman Allah 

إِنَّهُمُ اتَّخَذُوا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ اللَّـهِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُم مُّهْتَدُونَ ﴿٣٠﴾ الأعراف

Maksudnya
Sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin) selain Allah Serta mereka menyangka bahawa mereka Orang orang yang berpetunjuk.
Surah al A´raf ayat 30

Dalam al Quran, perumpamaan amalan Orang Orang Kafir bagaikan Fatamorgana ( bayangan air ) di tengah padang pasir.

⏰  Firman Allah 

وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاءً حَتَّىٰ إِذَا جَاءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا ﴿٣٩﴾ النور

Maksudnya
Dan orang-orang yang kafir, amalan-amalan mereka seperti fatamorgana di padang pasir. Orang orang yang dahaga menyangkanya air ( lalu iapun berlari ) sehingga apabila ia tiba ke tempat itu, ia dapati tidak wujud sesuatu yang ia  sangkakan air itu.
Surah an Nur ayat 39

Demikianlah keadaan orang orang kafir, tidak mendapat faedah dari apa yang mereka usahakan semasa mereka hidup di dunia dahulu.

⏰  Firman Allah 

أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَا لَهُم مِّن نَّاصِرِينَ ﴿٢٢﴾ ال عمران

Maksudnya
Mereka itulah orang-orang yang telah gugur amal perbuatannya di dunia dan di akhirat dan tiada bagi mereka Orang orang yang menolong.
Surah Ali Imran ayat 22

Sebaliknya Orang orang yang Beriman. mereka mendapat keampunan dan ganjaran pahala yang besar dari tuhan mereka.

⏰  Firman Allah 


وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴿٢٩﴾ الفتح


Maksudnya
Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.
Surah al Fath ayat 29



Ahad, 22 Oktober 2017

TAKBUR MEWARISI SIFAT IBLIS


Takbur atau sombong adalah satu sifat yang dicela dan Ianya mewarisi sifat Iblis.

💚 Firman Allah

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِين ﴿٣٤﴾ البقرة

Maksudnya
Dan ingatlah ketika kami berkata kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam". maka mereka sujud melainkan Iblis, telah takbur ia dan adalah ia dari golongan yang kafir.
Surah Al Baqarah ayat 34

Iblis ketika diperintah sujud kepada Adam telah berkata ..

💚 Firman Allah

قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ ﴿٧٦﴾ ص

Maksudnya
Iblis menjawab : Aku lebih baik darinya; Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan Engkau ciptakan dia  dari tanah.
Surah Shod ayat 76

Orang orang yang Takbur adalah orang yang mendengar ayat ayat Allah kemudian berpaling dalam keadaan sombong.

💚 Firman Allah

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ آيَاتُنَا وَلَّىٰ مُسْتَكْبِرًا كَأَن لَّمْ يَسْمَعْهَا كَأَنَّ فِي أُذُنَيْهِ وَقْرًا  ﴿٧﴾ لقمان

Maksudnya
Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berpaling dengan sombong seolah olah ia tidak mendengar akannya seolah olah  pada kedua telinganya ada sumbatan.
Surah Luqman ayat 7

Dan juga Allah jadikan pada jantung jantung mereka ada tutupan

💚 Firman Allah

وَجَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ ﴿٤٦﴾ الإسراء

Maksudnya
Dan Kami jadikan atas Jantung jantung mereka tutupan yang menghalang mereka dari memahaminya.
Surah Al Isra' ayat 46










KEANGKUHAN KAUM AAD KEPADA ALLAH 

💚 Firman Allah

    وَقَالُوا مَنْ أَشَدُّ مِنَّا قُوَّةً  ﴿١٥﴾ فصلت

Maksudnya
Dengan takburnya mereka berkata : Siapakah yang lebih kuat dari kami?
Surah Fusilat ayat 15

Di atas dosa dosa mereka ini maka Allah datangkan kepada mereka angin yang bertiup kencang selama tujuh malam lapan hari.

💚 Firman Allah

سَخَّرَهَا عَلَيْهِمْ سَبْعَ لَيَالٍ وَثَمَانِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومًا ﴿٧﴾ الحاقة

Maksudnya
Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus.
Surah al Haqqah 2ayat 7

 MUHASABAH DIRI  

💚 Firman Allah

وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَن تَخْرِقَ الْأَرْضَ وَلَن تَبْلُغَ الْجِبَال َطُولًا ﴿٣٧﴾ الإسراء

Maksudnya
Dan janganlah engkau berjalan di bumi dalam keadaan sombong. Sesungguhnya engkau sekali kali tidak akan dapat menembusi bumi dan juga  engkau tidak akan dapat sampai ke puncak gunung yang tinggi.
Surah al Isra' ayat 37

Persoalannya ... Layakkah kita nak sombong dengan Allah ? Maka Renung renungkanlah



Khamis, 5 Oktober 2017

DALAM SYAHADAH KENA ADA NAFI DAN ITHBAT









Apa yang hendak dipaparkan kali ini berkaitan dengan masalah aqidah satu masalah yang perlu umat islam peka.

Dalam kalimah  لاإله إلا الله
ada dua komponen iaitu
  1. Nafi        :    لا إله  -   Tiada Tuhan
  2. Ithbat     :  إلا الله  -    Melainkan Allah

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN NAFI DAN ITHBAT

Nafi adalah satu kalimah yang menolak  kewujudan tuhan tuhan dan segala bentuk sembahan.

Adapun ithbat pula adalah kalimah yang mengaitkan Allah sebagai tuhan yang berhak disembah.

Dalam kalimah syahadah seorang Muslim kena ada nafi dan ithbat iaitu menafikan wujudnya tuhan tuhan dan seterusnya mensabitkan Allah sahaja tuhan sekelian alam yang berhak disembah.

 : : Firman Allah 

فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ  وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٥٦﴾ البقرة

Maksudnya
Maka barang siapa kufur dengan Toghut dan beriman dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Surah Al Baqarah ayat 256

Catatan....
Toghut adalah tuhan tuhan atau sembahan sembahan selain daripada Allah.

Ucapan  لا إله    tanpa  إلا الله   boleh membawa kepada kekufuran kerana kita telah menafikan kewujudan Allah.

Walau apapun alasan, ucapan seperti ini tidak sepatutnya keluar dari mulut mulut orang Islam.

Sebaiknya ....
sebutlah sampai habis لا إله إلا الله
Kerana ianya membabitkan soal iktikad dan aqidah kita kepada Allah.

Sabtu, 26 Ogos 2017

PERBEZAAN ANTARA HAJI DAN UMRAH




 : : Firman Allah 

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّـهِ ِ ﴿١٩٦﴾ البقرة

Maksudnya
Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah
Surah al Baqarah ayat 196

Pada hakikatnya Haji dan umrah adalah dua ibadah yang berbeza namun dari segi amalannya, terdapat banyak persamaan antara haji dan umrah.  Antaranya ialah

 : : Niat  
Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat samada
sengaja atau terlupa ibadahnya  tidak sah.

 : : Tawaf  
 Tawaf adalah  mengelilingi Kaabak sebanyak tujuh kali pusingan.

 : : Sai'e  
Sai’e adalah berlari lari anak dari Bukit Safa ke Bukit Marwah

 : : Tahallul  
Bertahallul maknanya bercukur ataupun
menggunting sedikit rambur.

 : : Tertib  
Melaksanakan segala Rukun mengikut
urutannya.


NAMUN YANG MEMBEZAKAN HAJI DAN UMRAH ADALAH ...

WUKUF DI ARAFAH

Wukuf artinya berhenti iaitu menghadirkan diri walaupun sebentar di Padang Arafah bermula dari gelncir matahari  9 Zulhijjah sehinggalah subuh  10 Zulhijjah.

Ianya merupakan salah satu daripada rukun haji

BERMALAM DI MUDZALIFAH

Bermalam di Muzdalifah hukumnya wajib dalam haji. Barang siapa yang meninggalkannya akan dikenakan  dam.

BERMALAM DI MINA

Selain dari bermalam di Mudzalfah, jamaah haji juga diwajibkan bermalam di Mna pada 11 dan 12 Zulhijah ( bagi Nafar Awal ) atau pada 11,12 dan 13 Zulhijah ( bagi Nafar Thani ).



MELONTAR JAMRAH

 Terdapat tiga jamrah di Mina iaitu
     1. Jamrah Aqabah
     2. Jamrah Wusta
     3. Jumrah 'Ula.

Selain daripada itu, perbezaan antara haji dan umrah adalah

  1. Haji adalah ibadah tahunan yang dilakukan setahun sekali adapun Umrah tidak.
  2. Waktu mengerjakan haji bermula dari 9 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah sedangkan umrah tiada had waktu malah ianya boleh dilakukan dalam bulan bulan haji ( Syawal - Zulhijjah ).
  3. Untuk menyempurnakan haji ianya memakan masa yang panjang iaitu sehingga lima hari. Berbeza dengan umrah.

Apapun, semasa Haji atau Umrah, kita....

 : : Firman Allah 

فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّـهُ ۗوَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ ۚ  ﴿١٩٧﴾ البقرة

Maksudnya
Maka sesiapa yang telah mewajibkan dirinya pada Haji, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar semasa mengerjakan Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan bawa bekallah kamu maka sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah Taqwa.
Surah al Baqarah ayat 197

Rabu, 9 Ogos 2017

KITA ADALAH MILIK ALLAH DAN KEPADANYA KITA KEMBALI



 : : Firman Allah 

الذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ﴿١٥٦﴾ البقرة

Maksudnya
Orang-orang yang apabila mereka ditimpa kesusahan mereka berkata: "Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepadaNya kami kembali."
Surah Al Baqarah ayat 156

Tahukah anda kalimah kami itu termasuklah seluruh anggota badan kita ...
  • Mata       
  • Hidung     
  • Kaki     
  • Tangan
  • Mulut     
  • Kepala      
  • Jari      
  • Telinga
  • dan sebagainya
kesemuanya itu adalah milik Allah.... Allah pinjamkan sementara kat kita.

Tiada apa yang ada pada diri manusia. Allah modalkan kepada kita untuk kita " belanjakannya " kepada amal ibadah dan kebajikan semasa hidup di dunia ini.

Dan bila bila masa sahaja Allah boleh ambil dari kita samada Dia ambil semuanya sekaligus ataupun sebahagian sedikit demi sedikit.


Ketika Abu Talhah bermusafir anak kesayangannya telah meninggal dunia. Dalam hadith riwayat Muslim dari Anas bin Malik r.a. menceritakan bagaimana kebijaksanaan Ummu Sulaim menjelaskan perkara ini kepada suaminya Abu Talhah.

Berkata Ummu Sulaim kepada Abu Talhah..

قَالَتْ يَا أَبَا طَلْحَةَ أَرَأَيْتَ لَوْ أَنَّ قَوْمًا أَعَارُوا عَارِيَتَهُمْ أَهْلَ بَيْتٍ فَطَلَبُوا عَارِيَتَهُمْ أَلَهُمْ أَنْ يَمْنَعُوهُمْ قَالَ لاَ  قَالَتْ فَاحْتَسِبِ ابْنَكَ

Maksudnya
Wahai Abu Talhah "Apakah pendapatmu jika ada satu kaum meminjamkan sesuatu kepada satu keluarga, lalu mereka minta balik pinjaman mereka, apakah tidak boleh mereka mengambilnya ?”

Abu Talhah menjawab, “Tidak.”
Ummu Sulaim berkata, “Bersabarlah dan berusahalah meraih pahala kerana kematian puteramu"
(HR. Muslim no. 2144  ).

Manusia yang faham dan sedar siapakah dirinya yang sebenar, sekali kali tidak akan protes apabila Allah ambil balik apa yang Ia pinjamkan kepada manusia.

Dalam perkara ini, jika kita redha kepada Allah maka Allah akan redha kat kita.

 : : Firman Allah 

رَّضِيَ اللَّـهُ عَنْهُم ْوَرَضُوا عَنْهُ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ  ﴿٨﴾ البينة

Maksudnya
Allah redha akan mereka dan mereka pun redha akan Allah. Yang demikian itu bagi mereka yang takut akan Tuhannya.
Surah Al Bayyinah ayat 8

Catatan....

Ummu Sulaim atau Rumaiso'  merupakan Sahabat Nabi di kalangan wanita. Dia adalah ibu kepada Sahabat Nabi, Anas bin Malik r.a.

Anas merupakan khadam kepada Rasulullah s.a.w.

Ummu Sulaim serahkan Anas kepada Rasulullah setelah dia kematian suaminya. Ummu Sulaim kemudiannya berkahwin dengan Abu Talhah.

TAKUTILAH AKAN AZAB ALLAH




Allah tanya pada kita

 : : Firman Allah 

قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَتَاكُمْ عَذَابُهُ بَيَاتًا أَوْ نَهَارًا مَّاذَا ﴿١٥٦﴾يَسْتَعْجِلُ مِنْهُ الْمُجْرِمُونَ ﴿١٥٦﴾ یونس
  
Maksudnya
Katakanlah: "Apakah pendapat kamu  jika Ia datangkan kepada kamu azabNya pada waktu malam atau pada waktu siang, Apakah ia akan minta segerakan daripadanya ( azab itu ) oleh orang-orang berdosa itu
Surah Yunus ayat 50




 : : Firman Allah 

فَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ ﴿٩٧﴾ الأعراف

Maksudnya
Apakah merasa aman penduduk negeri negeri itu daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?
Surah  Al A'raf ayat 97


 : : Firman Allah 

وَكَم مِّن قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا فَجَاءَهَا بَأْسُنَا بَيَاتًا أَوْ هُمْ قَائِلُونَ ﴿٤﴾ الأعراف

Maksudnya
Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada  malam hari atau ketika mereka berehat pada siang hari.
Surah Al A'raf ayat 4

Rabu, 9 Mei 2012

KEINDAHAN SENI KHAT




Seni kaligrafi islam atau sinunimnya dengan nama " Seni Khat " merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh  pelusuk dunia menyaksikan kaligrafi islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri ciri keislamannya .

Penulisan khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh. Fakta yang tercatat pada sumber bertulis  menyatakan seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan tulisan yang dihasilkan dinamakan Kufic ( Kufi )  iaitu tulisan yang tidak bercantum. Ia gigunakan sehingga kurun ke 12.

Pada kurun ke 10 seni kaligrafi Islam tersebar ke Farsi dengan gabungan huruf huruf yang lebih berseri. Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu

1.  khat Kufi
2.  Khat Nasakh
3.   Khat Diwani
4.   Khat Thuluth
5.   Khat Riq'ah