PENGENALAN KHAT DIWANI
Khat Diwani merupakan salah satu Khat yang dicipta oleh penulis khat pada zaman pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah. Ibrahim Munif adalah orang yang menciptakan kaedah dan menentukan ukuran khat Diwani
Khat Diwani digunakan secara rasmi selepas Kota Constinople ( Istanbul ) jatuh kepada Sultan Muhammad AlFatih ( Sultan Kerajaan Uthmaniah yang pertama ) pada tahun 857 H.
Khat Diwani terbahagi kepada dua iaitu;
1. Diwani biasa
2. Diwani Mutarabit ( bercantum )
Khat Diwani Biasa sangat popular dikalangan penulis penulis khat berbandingbkhat Diwani Mutarabit. Asas kedua duajenis khat Diwani adalah berbentuk bulat dan melengkung.
Hashim Muhammad AlBaghdadi dan Syed Ibrahim antara penulis khat yang terkenal dengan Khat Diwani.
KHAT DIWANI JALI
Dicipta oleh Shahla Basya pada pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah. Khat ini adalah kesenambungan dari Khat Diwani Biasa. Dinamakan Jali kerana kelaianan yang jelas dari segi bentuk dan tulisannya. Penggunaannya tertumpu kepada urusan rasmi diraja dan surat menyurat kepada kerajaan asing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan