Beliau juga seorang raja yang zalim. Di sepanjang pemerintahan beliau, Bani Israil hidup dalam azab sengsara.
💚 Firman Allah
يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ يُقَتِّلُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ ﴿١٤١﴾ الأعراف
Maksudnya
(Fir’aun) menyeksa kamu dengan seburuk-buruk azab, mereka membunuh anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu
Surah al A’raf ayat 141
NABI MUSA MEMBEBASKAN BANI ISRAIL
Penderitaan dan kesengsaraan hidup Bani Israil selama ini telah mendapat pembelaan.
Allah telah utuskan Nabi Musa untuk membebaskan Bani Israil daripada kekejaman Fir’aun dan tenteranya.
Nabi Musa minta kepada Fir’aun agar membebaskan Bani Israil, namun ianya tidak diendahkan oleh Fir’aun malah beliau telah mencabar Nabi Musa berlawan sihir dengannya.
💚 Firman Allah
فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١١٨﴾ الأعراف
Maksudnya
Maka nyatalah kebenaran (mukjizat Nabi Musa) dan terbatallah (sihir) apa yang mereka telah lakukan.
Surah al A’raf ayat 118
Kekejaman Fir’aun semakin menjadi jadi setelah tukang sihirnya berpaling dan beriman kepada Allah.
Fir’aun telah memotong tangan dan kaki Tukang sihir yang beriman secara bersilang serta menyalib mereka pada batang batang tamar.
BANI ISRAIL KELUAR DARI BUMI MESIR
Nabi Musa telah membawa keluar Bani Israil dari Mesir sambil dikejar oleh Fir’aun dan tenteranya dari belakang.
Setiba sahaja di Laut Merah, Allah telah memerintahkan Nabi Musa agar memukul air laut dengan tongkat lalu lautpun terbelah.
💚 Firman Allah
وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ الْبَحْرَ فَأَنجَيْنَاكُمْ وَأَغْرَقْنَا آلَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ ﴿٥٠﴾ البقرة
Maksudnya
Dan ketika kami belahkan laut untuk kamu lalui maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Fir’aun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.
Surah Al Baqarah ayat 50
UCAPAN TERAKHIR FIR’AUN
💚 Firman Allah
قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ ﴿٩٠﴾ یونس
Maksudnya
Surah Yunus ayat 90
Namun segala galanya sudah terlambat. Allah tidak terima taubat Fir’aun malah Allah menempelak balik Fir’aun..
💚 Firman Allah
آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ ﴿٩١﴾ یونس
Maksudnya
Surah Yunus ayat 91
Jasad Fir’aun Allah selamatkan hingga ke hari ini .....
💚 Firman Allah
فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَة ﴿٩٢﴾ يونس
Maka pada hari ini, Kami selamatkan dengan badanmu daripada ditelan laut untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu.
Surah Yunus ayat 92
Namun begitu .....
💚 Firman Allah
وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ ﴿٩٢﴾ یونس
Maksudnya
Surah Yunus ayat 92
والله اعلم
💛💜💙💚💖💖💖💛💜💙💚