Seni kaligrafi islam atau sinunimnya dengan nama " Seni Khat " merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelusuk dunia menyaksikan kaligrafi islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri ciri keislamannya .
Penulisan khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh. Fakta yang tercatat pada sumber bertulis menyatakan seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan tulisan yang dihasilkan dinamakan Kufic ( Kufi ) iaitu tulisan yang tidak bercantum. Ia gigunakan sehingga kurun ke 12.
Pada kurun ke 10 seni kaligrafi Islam tersebar ke Farsi dengan gabungan huruf huruf yang lebih berseri. Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu
1. khat Kufi
2. Khat Nasakh
3. Khat Diwani
4. Khat Thuluth
5. Khat Riq'ah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan