Selasa, 4 Ogos 2020

TIDAK SELAYAKNYA ALLAH MEMPUNYAI ANAK


 💖 Firman Allah 

وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّـهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّـهِ﴿٣٠﴾ التوبة

Maksudnya
Dan orang-orang Yahudi berkata:  Uzair adalah anak Allah dan orang-orang Nasrani berkata: AlMasih adalah anak Allah.
Surah at Taubah ayat 30

Nama “AlMasih” dalam ayat di atas adalah merujuk kepada Nabi Isa ibn Maryam nabi terakhir bagi Bani Israil sebelum diutuskan Nabi Muhammad ﷺ

Adapun nama “Uzair” adalah satu nama yang jarang sekali kita dengar dan tidak ramai di antara kita yang mengetahui atau mengenali tentang dirinya.

SIAPAKAH DIA UZAIR?

Uzair (عُزَيْر) adalah seorang pemuda Bani Israil yang Allah matikannya selama seratus tahun. Baginda berasal dari keturunan al-Lawiyin.

Orang-orang Yahudi menyebutnya dengan nama Ezra akan tetapi penduduk Yahudi Madinah menyebutnya dengan nama Uzair.

Beliau hidup sekitar tahun 451 SM iaitu semasa pemerintahan Raja Cyrus, Raja kerajaan Parsi yang berjaya membebaskan Bani Israil dari cengkaman kerajaan Babylon.

Ulamak telah berselisih pendapat dalam menentukan status sebenar Uzair, adakah ia seorang Nabi ataupun Orang Soleh?

Menurut pendapat yang masyhur mengatakan bahawa Uzair adalah seorang nabi yang diutus oleh Allah kepada Bani Israil.

Allah telah memberikannya ilham untuk menghafal dan mengajar Taurat kepada Bani Israil.

KISAH UZAIR DI DALAM ALQURAN

Kisah Uzair ada diceritakan di dalam alQuran iaitu dalam surah al Baqarah ayat 259

Setelah Bani Israil dibebaskan dari cengkaman Nebuchadnezzar ll, Raja Cyrus telah membenarkan Uzair pulang ke Aour Salem (Jerusalem).

Ketika dalam perjalanan, Uzair telah melalui satu perkampungan yang mana bangunannya telah hancur musnah sama sekali lalu Bagindapun bertanya

 💖 Firman Allah 

قَالَ أَنَّىٰ يُحْيِي هَـٰذِهِ اللَّـهُ بَعْدَ مَوْتِهَا ۖ ۖ ﴿٢٥٩﴾ البقرة

Maksudnya
Bagaimanakah Allah akan menghidupkan semua ini setelah ianya binasa?
Surah al Baqarah ayat 259

Untuk menjawab persoalan ini, maka Allah mematikan Uzairr selama seratus tahun kemudian Allah bangkitkannya semula lalu bertanya kepada Baginda.

 💖 Firman Allah 

قَالَ كَمْ لَبِثْتَ ۖ ﴿٢٥٩﴾ البقرة

Maksudnya
Berapa lama engkau tidur
Surah al Baqarah ayat 259

Baginda menjawab
Aku tidur satu hari ataupun separuh hari 

Maka Allah telah berfirman
 💖 Firman Allah 

قَالَ بَل لَّبِثْتَ مِائَةَ عَامٍ ﴿٢٥٩﴾ البقرة

Maksudnya
Bahkan Engkau tidur selama seratus tahun
Surah al Baqarah ayat 259

Maka Allah mengarahkan Uzair melihat kepada
  1. Makanan dan minum yang dia bawa sebelum ini, ianya masih elok dan tidak basi
  2. Keldai tunggangannya yang telah hancur binasa dan yang tersisa cumalah tulang-belulang. 
Lalu Allah cantumkan tulang-tulang keldai itu kemudian Allah balutkannya dengan daging  sehingga menjadi seekor keldai seperti mana asal.

KEMBALI KE KAMPUNG HALAMAN

Setelah yakin dengan kekuasaan Allah maka Uzair pun pulang ke kampung halamannya dengan menaiki keldainya.

Jarak masa yang terlalu panjang, kaumnya telah berubah kepada beberapa jenerasi hinggakan tiada seorangpun yang mengenalinya melainkan seorang perempuan buta berusia 120 tahun.

Atas bantuan perempuan tua inlah, akhirnya Bani Israil mula menerima dan mempercayai bahawa lelaki di hadapan mereka itu adalah Uzair.

Sememangnya Bani Israil tahu Uzair sewaktu kecil seorang yang gigih menghafal kitab Taurat.

Oleh yang demikian mereka telah meminta Uzair menghafal dan mengajarkan mereka Taurat yang telah sekian lama luput daripada pandangan dan hafalan mereka.

💙💚💖💜💛💜
Catatan

Semasa serangan tentera Babylon ke atas Aour Salem (Jerusalem), Raja Nebuchadnezzar ll telah bertindak membakar dan memusnahkan Kitab Taurat.

Sejak dari peristiwa ini, tiada lagi golongan yang menghafal dan mempelajari ajaran Taurat di kalangan Bani Israil.

💙💚💖💜💛💜

KEISTIMEWAAN UZAIR PADA PANDANGAN ORANG YAHUDI

💛💜 Pertama
💚
Doa doa Uzair mustajab dan sentiasa diperkenankan Allah.

Uzair pernah berdoa kepada Allah untuk perempuan tua berusia 120 tahun yang buta penglihatan.

Dengan izin Allah, perempuan tua tersebut boleh melihat semula dan sembuh dari kebutaannya.

💛💜 Kedua
💚
Uzair mampu menghafal seluruh isi kandungan Kitab Taurat tanpa terdapat sedikitpun kesalahan.

Sungguhpun Kitab Taurat itu diturunkan kepada Nabi Musa, namun Nabi Musa tidak memiliki kebolehan menghafal kitab Taurat sebagai mana Uzair.

💛💜 Ketiga
💚
Uzair dianggap manusia yang luar biasa melebihi daripada darjat seorang nabi.

Ini adalah kerana Bagindalah satu satunya manusia yang dihidupkan semula selepas 100 tahun Allah wafatkannya.

Maka sebab itulah Orang Yahudi lebih mengagungkan Uzair dari nabi nabi Bani Israil yang lain dan menyifatkannya sebagai anak Allah.

PENAFIAN ALQURAN ALLAH MEMPUNYAI ANAK

 💖 Firman Allah 

مَا كَانَ لِلَّـهِ أَن يَتَّخِذَ مِن وَلَدٍ ۚ﴿٣٥﴾ مریم

Maksudnya
Tidak selayaknya bagi Allah mempunyai anak.
Surah Maryam ayat 35

 💖 Firman Allah 

بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ وَلَدٌ وَلَمْ تَكُن لَّهُ صَاحِبَةٌ ٌ﴿١٠١﴾ الانعام

Maksudnya
Yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia boleh mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri.
Surah al Anam ayat 101

Jika Allah mahukan anak, sudah tentulah Ia akan memilih mana-mana yang Ia kehendaki dari makhluk-makhluk ciptaanNya.

 💖 Firman Allah 

لَّوْ أَرَادَ اللَّـهُ أَن يَتَّخِذَ وَلَدًا لَّاصْطَفَىٰ مِمَّا يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ﴿٤﴾ الزمر

Maksudnya
Jika Allah hendak mempunyai anak, tentulah Ia memilih mana-mana yang dikehendakiNya dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya.
Surah az Zumar ayat 4

Maka fikir fikirkanlah
 والله اعلم

💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙
RUJUKAN

1. Siapakah Uzair yang dijuluki Anak Allah
Jejak Uzair

Selasa, 4 Februari 2020

ADAB BERGURAU DI DALAM ISLAM


Bergurau memang seronok. Adakalanya, bergurau boleh membuatkan suasana yarng muram menjadi ceria dan yang sepi bertukar gamat.

Bergurau jugalah yang menjadi penambah perisa dalam tautan ukhuwah.

Sungguhpun demikian, setiap gurauan perlu ada batas dan adab yang patut kita patuhi

ADAB ADAB BERGURAU

💙💛💜💚 
PERTAMA
💖
PERKARA YANG DIGURAUKAN BUKANLAH SESUATU YANG BOHONG.

 Rasulullah ﷺ bersabda 

ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له

Maksudnya
Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia."
HR : at Tirmizi (2417), Abu Daud (4990), dari Abu Hurairah
(Hadith Hasan)

❒ Rujukan Hadith, Sila klik di sini.

Dalam berbicara, kita dilarang sama sekali menokok tambah dan berkata perkara-perkara yang tidak benar.

💙💛💜💚 
KEDUA
💖
TIDAK MENGANDUNGI PENGHINAAN TERHADAP SESEORANG.

 Rasulullah ﷺ bersabda 

بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ

Maksudnya
Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim."
HR Muslim (2564) dan Tirmizi (1927)
(Hadith Sahih)

❒ Rujukan Hadith, Sila klik di sini.

💙💛💜💚 
KETIGA
💖
TIDAK MENAKUTKAN ORANG LAIN.

 Rasulullah ﷺ bersabda 

لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا

Maksudnya
Haram bagi seorang lelaki menakut nakutkan orang Islam."
HR : Abu Daud (5004) dari Nu’man bin Basyir r.a.
(Hadith Sahih)

❒ Rujukan Hadith, Sila klik di sini.


Bergurau yang melampau dan 
tidak kena pada tempatnya boleh mencetuskan bibit bibit permusuhan dan perbalahan.


💙💛💜💚 
KEEMPAT
💖


TIDAK BERGURAU PADA PERKARA NIKAH, CERAI DAN RUJUK.

 Rasulullah ﷺ bersabda 


ثلاثٌ جِدُّهنَّ جدٌّ وَهَزلُهُنَّ جِدٌّ: النِّكاحُ والطَّلاقُ والرَّجعةُ

Maksudnya
Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samada dalam keadaan melawak ataupun bersungguh iaitu nikah, cerai dan rujuk "
HR Abu Daud (2194), at-Tarmizi (1184) dan Ibnu Majah (2039)
(Hadith Hasan)

❒ Rujukan Hadith, Sila klik di sini.


💙💛💜💚 
KELIMA
💖
MELAWAK SEKADAR PERLU DAN TIDAK BERLEBIHAN.

 Rasulullah ﷺ bersabda 

فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ وَلا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ

Maksudnya
Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati."
HR : at Tirmizi (2305), Ahmad (8095) dan Ibnu Majah (4217)
(Hadith Hasan)

❒ Rujukan Hadith, Sila klik di sini.

💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙
IKTIBAR DARI 
KISAH GURAUAN 
RASULULLAH ﷺ 
💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa.

Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah ﷺ bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata kepada Baginda ﷺ
Ya Rasulullah, Doakanlah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga

Baginda ﷺ menjawab
Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.

Perempuan itu balik dan menangis lalu Baginda ﷺ bersabda.

Beritahu kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan tua. Sesungguhnya Allah berfirman

 Firman Allah 

 إِنَّا أَنشَأْنَاهُنَّ إِنشَاءً ﴿٣٥﴾ فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا ﴿٣٦﴾ عُرُبًا أَتْرَابًا ﴿٣٧﴾ الواقعة

Maksudnya
Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.
Surah al Waqiah ayat 35 -37

HR : Tirmizi (241) di dalam kitab as Syamail Muhammadiah
(Hadith Hasan)

❒ Rujukan Hadith, Sila klik di sini.


Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata
Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami.

Baginda ﷺ menjawab:

نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لا أَقُوْلُ إِلا حَقَّا

Maksudnya
Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.
HR : at Tirmizi (1990) dan Ahmad (8481)
(Hadith Sahih)

❒ Rujukan Hadith, Sila klik di sini.

Ketahui lebih lanjut mengenai Hadith Sahih, Hadith Hasan dan Hadith Dhaif


💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙

Selasa, 19 November 2019

SAMIRI

Samada perasan atau tidak, setiap kali kita membaca AlQuran, kita pasti akan berjumpa dengan kalimah Samiri.

💖 Firman Allah

قَالَ فَإِنَّا قَدْ فَتَنَّا قَوْمَكَ مِن بَعْدِكَ وَأَضَلَّهُمُ السَّامِرِيُّ ﴿٨٥﴾ طه

Maksudnya
Maka sesungguhnya Kami telah mengenakan kaummu satu fitnah sepeninggalanmu dan Samiri telah menyesatkan mereka
Surah Taha ayat 85

Siapakah dia Samiri dan apakah keistimewaan insan ini sehingga namanya tercatat dalam AlQuran  sebanyak tiga kali iaitu pada Surah Taha ayat 85, 87 dan 95.

Samiri atau nama sebenarnya Musa bin Zafar merupakan pengikut Nabi Musa yang bertanggung jawab memesongkan aqidah Bani Israil.

Menurut Muhammad Ibnu Ishaq (704 M-767 M) mengatakan bahawa Samiri adalah seorang penduduk Bajarma dan dia berasal daripada kaum yang menyembah berhala.

Samiri menampakkan dirinya sebagai pengikut Nabi Musa di hadapan Bani Israil sedangkan jiwanya berkecamuk dengan kepercayaan nenek-moyangnya.

BANI ISRAIL INGIN MELIHAT TUHAN

Ketika Bani Israil merentasi padang pasir Sinai, mereka telah melihat sekelompok kaum sedang menyembah berhala maka merekapun berkata kepada Nabi Musa.

💖 Firman Allah

قَالُوا يَا مُوسَى اجْعَل لَّنَا إِلَـٰهًا كَمَا لَهُمْ آلِهَةٌ ۚ َ ﴿١٣٨﴾ الأعراف

Maksudnya
Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan
Surah al Araf ayat 138

Keyakinan Bani Israil tentang wujudnya tuhan mulai timbul setelah mereka menyaksikan bagaimana Allah
  • Menyelamatkan mereka dari cengkaman Fir’aun 
  • Menenggelamkan Fir’aun di Laut Merah. 

Namun begitu, bagi Bani Israil, tuhan mestilah sesuatu objek yang boleh dilhat dengan mata ataupun yang boleh disentuh.

Oleh kerana keinginan yang tinggi untuk melihat tuhan maka mereka telah mengugut Nabi Musa dengan berkata

💖 Firman Allah

لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ نَرَى اللَّـهَ جَهْرَةً َ ﴿٥٥﴾ البقرة

Maksudnya
Kami sekali kali tidak akan beriman kepadamu sehingga kami melihat Allah dengan terang
Surah al Baqarah ayat 55

NABI MUSA BERMUNAJAT DI BUKIT THURSINA

Kesempatan yang dinanti nantiikan oleh Samiri telahpun tiba.

Semasa ketiadaan Nabi Musa, Samiri telah mengeluarkan patung anak lembu emasnya lalu berkata

💖 Firman Allah

هَـٰذَا إِلَـٰهُكُمْ وَإِلَـٰهُ مُوسَىٰ فَنَسِيَ ﴿٨٨﴾ طه

Maksudnya
Ini adalah tuhan kamu dan tuhan Musa, tetapi dia telah terlupa
Surah Taha ayat 88

Sekembalinya Nabi Musa dari bermunajat, Baginda amat terkejut apabila mendapati kaumnya telah sesat.

Dengan nada yang marah dan dukacita, Nabi Musa telah berkata kepada kaumnya

💖 Firman Allah


قَالَ بِئْسَمَا خَلَفْتُمُونِي مِن بَعْدِي ۖ أَعَجِلْتُمْ أَمْرَ رَبِّكُمَْ ﴿١٥٠﴾  الاعراف

Maksudnya
Amat buruk sekali kamu lakukan sepeninggalanku; Adakah patung anak lembu emas kamu yang tuhan kamu suruh kamu sembah?
Surah al Araf ayat 150

Samiri telah diusir keluar manakala patung anak lembu emasnya telah dibakar dan abunya dibuang ke laut.

💚💙💖💛💜
PENGAJARAN KISAH
💚💙💖💛💜

Menggunakan nama Allah, nama Rasulullah ﷺ dan Islam adalah strategi utama pihak musuh untuk menyesatkan aqidah umat Islam.

Sebagai mana Samiri, cara inilah yang pernah digunakan oleh Iblis untuk mengeluarkan Nabi Adam dan Hawa dari syurga.

💖 Firman Allah


مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَـٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ ﴿٢٠﴾ الاعراف

Maksudnya
“Tuhan kamu tidak melarang kamu daripada pokok ini, melainkan Ia tidak mahu kamu berdua menjadi dua malaikat atau jadi orang-orang yang kekal”
Surah al Araf ayat 20

Tidak cukup dengan itu, Iblis telah bersumpah bahawa dia adalah Penasihat dari Allah

💖 Firman Allah

وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ ﴿٢١﴾ الاعراف

Maksudnya
Dan ia bersumpah kepada keduanya dengan berkata : “Sesungguhnya aku adalah Penasihat kepada kamu berdua”
Surah al Araf ayat 21

Oleh yang demikian...
Berwaspadalah terutama sekali yang membabitkan soal aqidah dan ibadah.

Selagi tidak ada nas yang sahih dari AlQuran dan Hadith, maka jangan sesekali kita ikut.

💖 Firman Allah

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَـٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا ﴿٣٦﴾ الإسراء

Maksudnya
Dan jangan engkau berpegang apa yang engkau tidak ada pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan Jantung, semuanya akan dipertanggung jawabkan
Surah al Isra ayat 36

والله اعلم
fikir fikirkanlah

💚💙💖💖💖💛💜

Jumaat, 30 Ogos 2019

FIR’AUN MATI LEMAS DI LAUT MERAH


Fir’aun merupakan seorang raja yang mengakui bahawa dirinya tuhan.

Beliau juga seorang raja yang zalim. Di sepanjang pemerintahan beliau, Bani Israil hidup dalam azab sengsara.

 💚 Firman Allah 

يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ يُقَتِّلُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ ﴿١٤١﴾ الأعراف

Maksudnya
(Fir’aun) menyeksa kamu dengan seburuk-buruk azab, mereka membunuh anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu
Surah al A’raf ayat 141

NABI MUSA MEMBEBASKAN BANI ISRAIL

Penderitaan dan kesengsaraan hidup Bani Israil selama ini telah mendapat pembelaan.

Allah telah utuskan Nabi Musa untuk membebaskan Bani Israil daripada kekejaman Fir’aun dan tenteranya.

Nabi Musa minta kepada Fir’aun agar membebaskan Bani Israil, namun ianya tidak diendahkan oleh Fir’aun malah beliau telah mencabar Nabi Musa berlawan sihir dengannya.

 💚 Firman Allah 

فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١١٨﴾ الأعراف

Maksudnya
Maka nyatalah kebenaran (mukjizat Nabi Musa) dan terbatallah (sihir) apa yang mereka telah lakukan.
Surah al A’raf ayat 118

Kekejaman Fir’aun semakin menjadi jadi setelah tukang sihirnya berpaling dan beriman kepada Allah.

Fir’aun telah memotong tangan dan kaki Tukang sihir yang beriman secara bersilang serta menyalib mereka pada batang batang tamar.

BANI ISRAIL KELUAR DARI BUMI MESIR

Nabi Musa telah membawa keluar Bani Israil dari Mesir sambil dikejar oleh Fir’aun dan tenteranya dari belakang.

Setiba sahaja di Laut Merah, Allah telah memerintahkan Nabi Musa agar memukul air laut dengan tongkat lalu lautpun terbelah.

 💚 Firman Allah 

وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ الْبَحْرَ فَأَنجَيْنَاكُمْ وَأَغْرَقْنَا آلَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ ﴿٥٠﴾ البقرة

Maksudnya
Dan ketika kami belahkan laut untuk kamu lalui maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Fir’aun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.
Surah Al Baqarah ayat 50


UCAPAN TERAKHIR FIR’AUN

 💚 Firman Allah 

قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ ﴿٩٠﴾ یونس

Maksudnya
berkatalah Fir’aun "Aku beriman bahawasanya tiada Tuhan melainkan yang diimani oleh Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri
Surah Yunus ayat 90

Namun segala galanya sudah terlambat. Allah tidak terima taubat Fir’aun malah Allah menempelak balik Fir’aun..

 💚 Firman Allah 

آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ ﴿٩١﴾ یونس 

Maksudnya
Adakah sekarang (engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah derhaka dan engkau adalah dari orang-orang yang melakukan kerosakan?.
Surah Yunus ayat 91

Jasad Fir’aun Allah selamatkan hingga ke hari ini .....

 💚 Firman Allah 

فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَة ﴿٩٢﴾ يونس

Maksudnya
Maka pada hari ini, Kami selamatkan dengan badanmu daripada ditelan laut untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu.
Surah Yunus ayat 92

Namun begitu .....

 💚 Firman Allah 

وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ ﴿٩٢﴾ یونس

Maksudnya
Dan sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada tanda-tanda kekuasaan Kami!"
Surah Yunus ayat 92

والله اعلم

💛💜💙💚💖💖💖💛💜💙💚

Jumaat, 2 Ogos 2019

HAKIKAT PENCIPTAAN MANUSIA


💚 Firman Allah 

وَاللَّـهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا ﴿ ٧٨﴾ النحل 

Maksudnya
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut perut ibu kamu dalam keadaan kamu tidak mengetahui sesuatupun.
Surah an Nahlu ayat 78

Inilah dia hakikat penciptaan Manusia - JAHIL tak tahu apa apa malah BERSANGATAN jahil.

 💚 Firman Allah 

 إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا ﴿٧٢﴾ الأحزاب

Maksudnya
Sesungguhnya dia (manusia) bersangatan zalim lagi bersangatan jahil.
Surah al Ahzab ayat 72

Dan Allah tidak datangkan manusia ilmu melainkan sedikit

 💚 Firman Allah 

وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا ﴿٨٥﴾ الإسراء

Maksudnya
Dan kamu tidak diberikan ilmu melainkan sedikit.
Surah al Isra' ayat 85


Di atas Pemurahnya Allah, Allah datangkan petunjuk dan ajar manusia

 💚 Firman Allah 

الرَّحْمَـٰنُ ﴿١﴾ عَلَّمَ الْقُرْآنَ ﴿٢﴾ خَلَقَ الْإِنسَانَ ﴿٣﴾ عَلَّمَهُ الْبَيَانَ ﴿٤﴾ الرحمن

Maksudnya
Tuhan Yang Maha Pemurah ① Dia lah yang mengajarkan Al-Quran ② Dia lah Yang menciptakan manusia ③ Yang telah mengajar manusia akan keterangan itu (AlQuran) ④
Surah ar Rahman ayat 1- 4

Mengajar manusia apa yang manusia tak tahu

 💚 Firman Allah 

عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴿٥﴾ العلق

Maksudnya
Ia telah mengajarkan manusia apa yang manusia tidak tahu.
Surah al 'Alaq ayat 5


Untuk menerima petunjuk Allah, maka Allah bekalkan kepada manusia ....
  • Pendengaran   
  • Penglihatan  
  • Jantung

 💚 Firman Allah 

وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَة َلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُون ﴿٧٨﴾ النحل

Maksudnya
Dan dia mennjadikan untuk kamu Pendengaran, Penglihatan dan Jantung supaya kamu bersyukur.
Surah an Nahlu ayat 78

Betapa ruginya kita seandainya kita tidak menggunakan ketiga tiga pancaindera yang Allah berikan ini dengan sebaiknya

Bayangkanlah...
Dalam keadaan Manusia yang tak tahu apa apa....
  • Allah datangkan petunjuk dan pandu kita ...
  • Tiba tiba kita sombong dan tolak petunjuk Allah... 

Kita Bukan sekadar rugi sahaja, malah kita sebenarnya telah menzalimi akan diri diri kita sendiri.

 💚 Firman Allah 

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ فَأَعْرَضَ عَنْهَا وَنَسِيَ مَا قَدَّمَتْ يَدَاه ﴿٥٧﴾ الكهف

Maksudnya
Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang diingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya;
Surah al Kahfi ayat 57

Maka fikir fikirkanlah

والله أعلم

💙💙💚💚💖💖💖💛💛💜💜

Jumaat, 12 April 2019

ORANG ORANG YANG RUGI


Tahukah Anda Siapakah dia Orang orang yang rugi ?

  Firman Allah 


قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا ﴿١٠٣﴾ الكهف

Maksudnya
Katakanlah "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amalannya?
Surah Al Kahfi ayat 103

SIAPAKAH DIA ORANG ORANG YANG RUGI ITU ?

  Firman Allah 

الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا ﴿١٠٤﴾ الكهف 

Maksudnya
Orang-orang yang telah sia-sia usaha mereka pada kehidupan dunia ini dan mereka menyangka bahawa mereka melakukan sebaik baik amalan".
Surah Al Kahfi ayat 104

Orang orang yang rugi itu adalah Orang yang
  • telah Sia-sia amalan mereka pada kehidupan dunia ini  
  • Menyangka melakukan sebaik baik amalan.

KENAPA BOLEH JADI BEGINI

Keadaan ini terjadi disebabkan
Syaitan telah menghiasi segala amalan amalan mereka.

 Firman Allah 

وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿٤٣﴾ الأنعام 

Maksudnya
Dan Syaitan menghiasi apa yang mereka lakukan.
Surah al An'am ayat 43

Hinggakan pada satu tahap apanila diseru kepada Allah dan RasulNya mereka akan berkata....

 Firman Allah 

قالوا حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا ۚ أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ﴿١٠٤﴾ المائدة

Maksudnya
Cukuplah apa yang kami dapat dari datuk nenek kami, sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak mendapat petunjuk.
Surah al Maidah ayat 104

Selain daripada itu
ORANG ORANG YANG RUGIadalah Orang yang membeli 

  • kesesatan dengan Petunjuk
  • Azab dengan keampunan


 Firman Allah 

أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَىٰ وَالْعَذَابَ بِالْمَغْفِرَةِ ۚ فَمَا أَصْبَرَهُمْ عَلَى النَّارِ ﴿١٧٥﴾ البقرة

Maksudnya
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk dan azab dengan keampunan. Maka alangkah sabarnya mereka atas azab neraka itu.
Surah al Baqarah ayat 175

Dan Yang Paling RUGI sekali adalah SOMBONG dan MENOLAK Petunjuk yang Allah datangkan... 

Kerana Sesungguhnya Manusia itu dicipta dalam keadaan JAHIL dan TIDAK TAHU APA APA

 Firman Allah 

وَاللَّـهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا َ ﴿٧٨﴾ النحل

Maksudnya
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut perut ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun
Surah an Nahlu ayat 78

Maka fikir fikirkanlah.


Isnin, 29 Januari 2018

MANUSIA BERHAJAT KEPADA ALLAH


  : : Firman Allah 

یا أَيُّهَا النَّاسُ أَنتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّـه ِ وَاللَّـهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ  ﴿فاطر: ١٥

Maksudnya
wahai manusia, kamu Fakir kepada Allah sedangkan Allah Dia lah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
Surah Fatir ayat 15

Manusia Fakir kepada Allah ...
Manusia berhajat kepada Allah ... kepada ilmu ilmu Allah.

Kenapa ?
Kerana Manusia diciptakan dalam keadaan Jahil

  : : Firman Allah 

وَاللَّـهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا ﴿النحل: ٧٨

Maksudnya
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun.
Surah Al Nahlu ayat 78

 : : Firman Allah 

وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا ﴿الإسراء: ٨٥

Maksudnya
Kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
Surah Al Isra' ayat 85

Sedangkan Allah Maha Mengetahui.
Allah mengetahui apa yang ada di darat dan di laut.

Dan Dia juga mengetahui berapa banyak daun daun dan biji bijian yang gugur dalam kegelapan bumi.

 : : Firman Allah 

وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۚ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ  ﴿الأنعام: ٥٩

Maksudnya
Dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering melainkan telah tertulis di dalam kitab yang terang nyata.
Surah al An'am ayat 59

Namun begitu .. Manusia melampaui batas.
Sombong dan Berpaling dari petunjuk Allah.

  : : Firman Allah 

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ آيَاتُنَا وَلَّىٰ مُسْتَكْبِرًا كَأَن لَّمْ يَسْمَعْهَا كَأَنَّ فِي أُذُنَيْهِ وَقْرًا  ﴿لقمان: ٧

Maksudnya
Dan apabila dibacakan kepadanya ayat - ayat Kami, ia berpaling dengan angkuhnya seolah olah ia tidak mendengar akannya seolah pada kedua telinganya ada sumbatan.
Surah Luqman ayat 7

Manusia lupa diri
Lupa akan asal usul kejadian mereka yang dicipta daripada air (mani) yang hina

  : : Firman Allah 


الَمْ نَخْلُقكُّم مِّن مَّاءٍ مَّهِينٍ ﴿المرسلات: ٢٠

Maksudnya
Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air yang hina?
Surah al Mursalat ayat 30

Kepada Manusia Allah bertanya

  : : Firman Allah 

ألَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ مِهَادًا ﴿٦﴾ وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا ﴿٧﴾ وَخَلَقْنَاكُمْ أَزْوَاجًا ﴿٨  

Maksudnya
Bukankah Kami telah menjadikan bumi sebagai hamparan? ﴾6﴿ Dan gunung-ganang sebagai pasaknya?
﴾7﴿ Dan Kami menciptakan kamu berpasang-pasang? ﴾8﴿
Surah an Naba' ayat 6-8

Ingatkah Manusia ketika mereka berada di dalam bahaya...

Bukankah Manusia akan berdoa kepada Allah dengan penuh pengharapan.

Firman Allah

وَجَاءَهُمُ الْمَوْجُ مِن كُلِّ مَكَانٍ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ أُحِيطَ بِهِمْ دَعَوُا اللَّـهَ  مُخْلِصِينَ  لَهُ الدِّين َلَئِنْ أَنجَيْتَنَا مِنْ هَـٰذِهِ لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين َ - يونس: ٢٢

Maksudnya
Dan datanglah kepada mereka angin ribut yang kencang dan ombak dari segala penjuru serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya maka pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau selamatkan kami dari bahaya ini, sudah pasti kami menjadi orang-orang yang bersyukur".
Surah Yunus ayat 22

Maka Patutkah Manusia Sombong dengan Allah ... 

Fikir fikirkanlah

🚖🥥⏰